Saturday, May 30, 2009

Kenari ikat Singa Utara di Darulaman..

Shafizan mengasak pemain perlis Amar roshidan diStadium darulaman



ALOR SETAR – Kedah gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri Stadium Darulaman, di sini untuk mencari ‘penawar’ apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Perlis pada perlawanan bola sepak Liga Super, malam tadi.

Selepas dikecewakan Perak 1-0, Kedah cuba bangkit untuk memperbaiki kedudukannya tetapi saingan sengit dari Perlis yang turut memburu mata penuh untuk memintas Selangor di tangga teratas liga menyaksikan tuan rumah terpaksa berkongsi mata.

Kedua-dua pasukan berjiran itu masing-masing mencari kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam kelompok teratas liga khususnya Perlis yang berada di tangga kedua dengan 38 mata manakala pendahulu, Selangor mengumpul 40 mata.

Sebaik pengadil, Mohd. Yusof Md. Karim meniupkan wisel memulakan aksi, hampir 30 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan gagal menemui rentak walaupun terdapat beberapa serangan yang diatur.

Kedah yang menyandarkan harapan kepada Mohd. Khyril Muhymeen dan Badrol Bakhtiar di barisan depan masih gagal menguji penjaga gol Perlis, Mohd Farizal, begitu juga dengan pasukan pelawat yang mengharapkan sentuhan Nizaruddin Yussof.

Malang bagi Kedah apabila penjaga gawangnya, Mohd. Helmi Eliza Elias terpaksa dikeluarkan pada minit ke-33 selepas dia mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan kubu Kedah dalam satu pergelutan di gol pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, peluang di sebalik ketiadaan Helmi Eliza gagal dimanfaatkan Perlis, malah penjaga gol gantian, Mohd. Al-Hafiz langsung tidak menerima tekanan daripada penyerang pasukan pelawat.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Kedah cuba bangkit untuk mencari jaringan pendahuluan pada separuh masa kedua menerusi asakan bertali arus ke kubu pasukan pelawat.

Selang seminit aksi babak kedua berlangsung, Kedah hampir memperoleh jaringan tetapi sepakan percuma cantik Badrol dari luar kotak penalti Perlis ditepis penjaga gol, Mohd. Farizal, Marlias sekali gus melegakan Perlis.

Dua minit selepas itu, Kedah terus melakukan serangan gagal dimanfaatkan Mohd. Farizal beraksi cemerlang menepis rembatan Mohd. Faizal Abu Bakar.

Ternyata Kedah mempersiakan-siakan beberapa peluang lagi walaupun pada pemainnya berada pada kedudukan cukup selesa untuk menghasilkan gol termasuk percubaan lemah Mohd. Sabri Abu yang berjaya didakap kemas Mohd. Farizal pada minit ke-73.

Seminit kemudian, sekali lagi kesempatan terhidang buat Kedah tetapi rembatan kencang jarak jauh Mohd. Hisham Sofi hanya sedikit melewati palang gol Perlis, begitu juga rembatan Mohd. Khyril yang tersasar pada minit ke-78 dan kemudiannya aksi diteruskan tanpa jaringan sehingga perlawanan berakhir.

Piala FA milik Chelsea..

Chelsea 2-1 Everton..

London: Piala fa akhirnya milik chelsea hasil kemenangan 2-1 keatas everton hari ini...2 jaringan Chelsea dijaringkan oleh D.Drogba pada minit 21 dan jaringan kedua Chelsea hadir minit ke 72 hasil jaringan Frank Lampard..manakala jaringan saguhati Everton dijaringkan oleh bekas bintang Man United Luis Saha selepas tiupan mula dari pengadil perlawanan..Jaringan itu adalah terpantas didalam sejarah kejohanan..


Ini adalah satu-satunya piala pada tahun 2009 yang dimiliki oleh pasukan Chelsea selepas gagal mara kepelawanan akhir liga juara2 apabila tewas melalui peraturan tempat lawan oleh barcelona yang juga juara dalam kejohanan tersebut..

ini juga adalah hadiah buat pengurus sementara Gus Hiddink yang mengantikan Scolari..Syabas diucapkan buat pasukan Chelsea...Cuba lagi di musim hadapan...semoga tahun hadapan lebih cemerlang buat Chelsea...

Thursday, May 28, 2009

Kemenangan milik Barca..huhuhu


ROME - Barcelona berjaya menjinakkan penyandang juara, Manchester United menerusi gerakan serangan yang hebat untuk merampas kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 di Stadium Olimpik Rome, semalam.

Samuel Eto'o membuka jaringan seawal minit ke-10 apabila memulakan gerakan dari sebelah kanan, melepasi halangan Nemanja Vidic sebelum melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol, Edwin van der Sar.

Xavi Hernandez nyaris menambah gol kedua Barca pada separuh masa kedua tetapi sepakan percuma yang diambil terkena tiang gol.

Selepas mencipta banyak gerakan, bintang penyerang Argentina, Lionel Messi akhirnya memadam api harapan United apabila menyumbat gol kedua Barca menerusi tandukan yang jarang sekali dilakukannya selepas menerima hantaran Xavi pada minit ke-70.

Kemenangan ini memberikan kejuaraan Eropah ketiga buat Barcelona sejak kemenangan pertama diraih pada 1992, diikuti 2006.

Malah, kejuaraan ini juga melengkapkan kejayaan gergasi Catalan itu musim ini selepas turut merangkul gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

"Sudah terlalu lama saya menantikan gelaran ini dan akhirnya ia berakhir hari ini.

"Lima minit terakhir perlawanan merupakan detik yang paling panjang dalam hidup saya. Anda tidak tahu apa yang boleh berlaku - kami menentang pasukan terbaik di dunia.

"Ia sangat menakjubkan. Setiap tahun kami bermain dengan cara yang sama, kami hanya mahu bermain bola sepak. Saya tidak rasa kami bermula baik tetapi yang saya pasti kami bermain lebih baik dengan hantaran yang sempurna,'' kata penyerang Barcelona, Thierry Henry.

Bagi Henry, kemenangan ini juga memberikan kegembiraan berganda buat dirinya yang turut menyambut hari jadi anak perempuannya, semalam.

United, yang memburu rekod untuk bergelar kelab pertama mempertahankan kejuaraan Piala Eropah dalam era Liga Juara-Juara, mendominasi 10 minit pertama perlawanan, namun mereka mula tenggelam punca sebaik Barcelona berjaya memperoleh gol pembukaan.

Cristiano Ronaldo melakukan tiga percubaan di awal permainan, yang terbaik adalah percubaan pada minit kedua apabila sepakan percumanya gagal ditangkap kemas penjaga gol Barca, Victor Valdes.

Bola terlepas daripada tangkapan tetapi Park Ji-sung gagal menyambarnya dan ketua pasukan Barca, Carles Puyol lebih pantas mengeluarkan bola untuk tendangan sudut.

Rangkaian serangan Henry, Messi dan Eto'o menenggelamkan sepenuhnya jentera serangan United yang diketuai Ronaldo, Wayne Rooney dan Ji-Sung selepas gol pertama Eto'o, terutama pada babak kedua permainan.

Ketiga-tiga pemain ini berpeluang menambah jaringan pada separuh akhir tetapi dua gol yang dicipta Eto'o dan Messi sudah cukup memberikan kemenangan buat skuad bimbingan Pep Guardiola.

Walaupun Ferguson melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan Carlos Tevez, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes, namun ia masih tidak mampu menggugat pertahanan Barcelona.

Kemenangan Barca ini turut menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah United dalam Liga Juara-Juara dan memberikan kekalahan pertama buat juara Liga Perdana Inggeris itu dalam perlawanan akhir.

Barcelona terhebat Eropah

ROME 28 Mei - Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara menerusi jaringan Samuel Eto’o dan Lionel Messi pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Olimpik Rome awal pagi tadi.

Eto’o meletakan juara Sepanyol itu di depan pada minit ke-10 dan tandukan cantik Messi pada minit ke-70 mengesahkan Barcelona memenangi kejohanan peringkat kelab Eropah paling berprestij buat kali ketiga.

Kemenangan ke atas juara bertahan itu melengkapkan kejuaraan treble untuk jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pada musim pertamanya selepas memenangi liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.

United pula gagal memburu kejuaraan keempat peringkat Eropah, yang juga trofi keempat United selepas memenangi Liga Perdana England, kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA dan Piala Liga.

Jaringan pertama Eto’o diperoleh apabila dia berjaya memintas dari penjuru kanan dan melepasi halangan Nemanja Vidic dan melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol United Edwin van der Sar di penjuru gawang.

Xavi melakukan percubaan menerusi sepakan bebas namun terkena tiang gawang United sejurus babak kedua bermula sebelum Lionel Messi mengesahkan kemenangan apabila menanduk hantaran lintang Xavi.

Barcelona, yang merupakan juara Eropah 1992 dan 2006, mengambil giliran menguasai perlawanan selepas United menguasainya di sepanjang 10 minit pertama babak awal.

Pada awal perlawanan, United memperoleh peluang gol menerusi sepakan bebas Ronaldo yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Barcelona Victor Valdes namun Park Ji-sung gagal tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola yang terlepas.

Ronaldo menghidupkan penjuru kanan United sehinggalah Barcelona menjaringkan gol pertama dengan Eto’o mempamer gerakan menarik, mengawal bola dengan kemahirannya menewaskan penjaga gol United.

Selepas mendapat gol pertama, Barcelona mengawal permainan dan setiap gerakan United kerap dapat dipatahkan oleh kelab Catalan itu.

Jaringan kedua menjelma 20 minit menuju masa penamat apabila Messi tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola lintang Xavi.Maknanya Barca dah pun menang 3 piala dah pada musim ini..Syabas barca!!!!

Saturday, May 23, 2009

percubaan

saja2 baru nak mencuba..malas la nak komen apa lagi..tunggu la nanti2 ok..