Wednesday, December 1, 2010

Coretan hari raya korban tahun 2010


Hai nak tulis apa pon tak tahu ni..dah lama dah tak ambik tahu pasai blog..Lagi pon bukan ramai pon yang dok folow blog ni, jadi nak buat sempoi pon tak leh..huhu..apa pa pon cuba lah bagi ada benda baru ..boring dah dok tengok benda yang sama ja tiap2 hari..sebenarnya raya dah lepas lama dah..tapi hari ni baru nak buh gambar..boleh tengok aja..maaflah klu ada yang kurang memuaskan..pertamanya urup besaq urup kecik pon tak ketahuan hala pastu bahasa pon banyak mik bahasa tempatan, tak dan nak pikiaq nak buat ayat skema dan berbahasa pujangga..buang karen orang kata.. :-D



Tahun ni saya beraya di kaherah atau tempat yang lebih khususnya di suk sairat(pasar keta)..bagi pelajar & sesiapa yang pernah mai meset depa tau lah kat mana dan yang pernah mik tahu lah..kalau yang mai melawat sat ja..tak tau jugak..nak terang kat sini pon boleh jugak tapi pendek ja lah..lagipon ni bukan dibawah tajuk suk sairat..ni nak cita pasai raya haji..jadi dah melalut tu cita lah sikit..suk sairat ni tempat orang dok juai keta..tapi ada hari dia..diantaranya hari jom'at..memang penuh keta..walhal punya besaq tempat ni tapi penuh..klu nak jogging tu dan la turung berkilo2 gram dulu baru dapat round semuanya.ramai sungguh yang solat kat sini..bukan arab saja malah banyak lagi bangsa yang solat kat sini dan diantaranya Melayu, China, Rusia , Siam , Negro dan banyak lagi lah..tak dan nak selidik.. :-D



Kalau kat sini orang arab sembahyang awai..kalau dok buat liat pakai solat kat umah ja lah..selalunya pukui 7pagi dah solat dah..tapi kalau musim panas dalam pukui 6.30 pagi depa dah solat dah..masa saya dok mesia dulu koi 8.30 paling awai solat tak pon 9 lebih baru solat..tu masa dulu lah..la ni dah tak tau lah mesia depa solat raya pukui berapa..dah lama dah tak balik..dengar kata dok macam tu lah..kat sini buat awai sebab lepas solat tu depa terus nak korbankan hewan masing2..




Raya tahun ni best jugak lah..sebab dapat raya ngan kawan2 pastu dapat bergotong2 royong sekali..tapi yang kurang bestnya..duit raya tak dapat banyak mana pon tahun ni, eh bukan tak dapat banyak mana ja..malahan tak dapat langsung pon sebenarnya..hehe..tak pa itu tak penting..dah besaq-gabak dah nak duit raya lagi tak malu lah kan kat budak2..dah nak jadi pak budak dah sepatutnya kena belatih bagi duit raya kat budak2 plak kan..masa dah berubah..ha sedaq pon diri dah menginjak dewasa..tapi tak lah dewasa mana sangat pon..ha lupa pulak nak cerita dan mesti ada yang dah tahu, orang meset ni raya haji lebih meriah..meriah2 pon ada ja kedai tak katup..tapi kira ok lah dari raya posa..lepas solat raya terus main bola..raya haji xdak lah yang dok main bola lepas slat raya..pastu jalan raya pon lengang..kalau mesia jangan harap lah raya2 nak buka kedai.habih koman pon 3 4 hari..kan2?? hehe...kedai cina n india tak termasuk lah..



Ha nak tulis apa lagi erk..ni pon dah banyak dah ni dok melalut..hai tahun depan2 harap dapat lah beraya ngan mak dan ayah yang tercinta serta ngan ahli kuarga yang lain..dah lama sangat dah ni xbalik jenguk depa suma..dah besaq2 belaka dah kot yang dulunya kecik2 lagi..kawan2 yang baca tu doa2lah bagi saya ada rezeki dapatlah balik raya kat Mesia tahun depan..al maklum lah penulis dah rindu sangat dah nak rasa susana beraya kat Mesia..



Ok akhirnya saya nak ucaplah selamat hari raya aidil adha maaf zahir dan batien kepada orang diluar sana kerana mik masa untuk usha blog ni..walaupon tak seberapa mana tapi boleh lah kan..huhu..perasan pi lah skit macam orang dok usha..hehe..pastu kawan doa lah bagi saya mudah untuk untuk menimba ilmu kat bumi ambiya' ni..semoga semua orang islam didunia ini dapat limpahan rahmat dari Allah SWT..


K lah kalau ada apa lagi yang nak sambung dari cerita ni akan diedit kemudian..dah petak lapan dan dah berurat dah jari ni dok menaip.tak dak aihh sampai lagu tu..saja ja guraw..akhir kalam dari saya, Assalamualaikum..

Friday, April 23, 2010

riadhah bersama ahli muzakarah bekelompok

assalamualaikm..
saya bukan nak tulis apa sangat pon..cuma nak boh gambar saya main futsal bersama ahli muzakarah berkelompok pada hai jumaat bila tak tahu..saya pon dah xingat..bau jumpa gambar ni..jadi tampa buang masa dan takut dia kembali hilang teruslah saya nak uploadkan..haha..



hmm nampak gaya macam satu ja lah yg leh boh..dok cari adik beradik dia tapi xberpa nak jumpa..oppsss ada satu agi gambar macam ni..tapi gambar saya pulak tak ada..jap nak upload..biar lah tak dak pon..janji bagi nampak banyak sikit..hu3..


k lah setakat ni dulu lah..klu ada gambar lagi saya upload lagi..best jugak boring tak ada kerja pergi cari kerja..haha..

Wednesday, April 21, 2010

saja2 xdak kerja..

Ni xdak entri apa sangat..saja ja xdak kerja..nak upload gambar..
bosan2..he3..


dekat sungai di Dumyat Adim..saja ja nak picari ikan, sotong dan lain2 kat pasar..


ni gambar nak pi Jami'ah Al-Azhar..tempat ni nama dia Baubat Talitah



ni gambar raya haji kat Damanhur tahun lepas kot kalau silap la..

ni pulak kat tepi pantai di ra'sul barr..ada pogram iltiqa'


ni pulak gambar dok bergoreng ikan kat pogram iltiqa' tu lah..


ha ni pulak gambar kat jalan nak pergi kepertemuan antara laut dan sungai nil..di ra'sul barr jugak..

Wednesday, March 3, 2010

Sabar dan Jangan Bersedih

Kata-kata aluan..

Hari ni kena belajar plak lah..dah banyak kali tulis ikut hati..kali ni terasa nak ikut fakta plak..
biarlah sama2 dapat manfaat..walaupon tak seberapa pon skit pon jadi lah..klu salah dimata pembaca silalah tegur..dengan hati terbuka saya menerimanya..


Mari kita hayati ayat al-qur'an

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: Dan sesungguhnya telah Kami buat dalam Al-Qur'an ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka".
Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu..
(Surat 30 Ar-Ruum (Bangsa Romawi) Ayat 58-60)

Kandungan ayat

- Ayat ini adalah seruan untuk seluruh manusia tanpa pandang agama, suku, paras, warna kulit dan bangsa.
- Ayat ini sama dengan ayat-ayat sebelumnya tentang perumpamaan-perumpamaan yang Allah berikan kepada manusia untuk mendekatkan dan memudahkan dalam memahami sesuatu.
- Orang-orang kafir telah tertutup hatinya sehingga melihat kebenaran sebagai kabathilan dan melihat kebathilan sebagai kebenaran.
- Mereka selalu mengganggu dan menyakiti dengan ucapan buruk dan perbuatan jahat setiap orang yang berusaha untuk mengamalkan ajaran agama.
- Mereka adalah orang-orang yang kebodohannya telah melampaui batas dan jauh dari kebaikan.
- Kita harus bersabar dalam berdakwah apabila menjumpai orang-orang semacam itu, karena mereka selalu ada dan pasti ada.
- Kita harus meyakini bahwa janji Allah adalah benar dan semua usaha kita tidaklah sia-sia bahkan Allah pasti membalasinya dengan sempurna.
- Apabila kita meyakini ini maka semua rintangan yang menghadang kita di medan dakwah adalah ringan dan menjadi mudahlah semua kesulitan.
- Janganlah orang-orang yang lemah iman dan keyakinannya itu menjadikan kita gelisah, karena apabila kita gelisah dan terpengaruh olehnya maka hal ini akan melemahkan semangat kita dan menimbulkan kegoncangan dalam jiwa yang mengakibatkan kita putus asa dan meninggalkan medan dakwah.
- Apabila terjadi demikian mereka semakin senang dan bertambah mengolok-olok kita karena dianggapnya kita tidak istiqomah dan tidak mempunyai prinsip dan inilah sebenarnya yang mereka cari.
- Orang mukmin yang berkeyakinan kuat dan berakal cerdas adalah mudah bagi mereka untuk selalu bersabar.
- Orang yang lemah iman dan keyakinannya adalah sulit bagi mereka itu untuk bersabar.


Tuesday, March 2, 2010

bebel sambil menunggu subuh..


Hai apa dah jadi pada blog aku ni..dah makin bercelaru aku tengok..orang suruh belajar tak mahu..nak cuba sendiri..dah jadi macam ni sapa yang susah..nampak gayanya aku kena tunggu nasir balik dari kaherah lah..leh la talaqi sikit sebanyak ilmu blog kat dia..
tadi idea aku bercurah2 nak taip, tapi kenapa bila dah jari menyentuh ja kebord terus lenyap habis apa idea2 aku nak tulis tadi..hmm nak kata aku ni nerves tak ada sapa dah masa ni..sumer pakat2 tido dan dibuai mimpi dah...mybe aku ni kurang biasa kot dalam menulis blog ni..biar lah apa pon..aku nak try tulis jugak..apa nak jadi pon jadi lah..kata seorang teman aku.." cubala, jgn fikir apa yg akan org kata kat kita, tulis apa saja yg kita rasa nak tulis. seiklasnya"..lebih kuranglah maksud dia..jadi aku nak try tgok cmana..
waktu sekrang dah menunjukkan 15 minit lagi pukul 5..nampak gayanya macam dah xlama dah nak azan..malam ni aku dapat bertahan dari tidor..bukan senang tu nak buat..mula2 macam nak mengalir air mata aku tahan ngntuk..tapi la ni dah makin ok dah..tapi aku nak pi kaherah hari ni..klu lah aku tertido lepas subuh alamatnya kena tunda lah niat aku nak pi sana..dah lama dah aku nak pi kaherah ni..tapi xjadi2 lagi pon..dulu aku lambat lepa mesti terus gi kaherah..la ni aku nak kurang semangat nak gi jalan mana2..rasa dok umah lagi best..apa pon aku kena gi jugak ke kaherah..dah lama tak jumpa kawan2 aku seperti Shazril Hanis, Helmi Salleh, Ibrahim Ani, Saifuddih Kasim dan kawan-kawan lain jugak kat rumah Kedah..rindu jugak aku..aku kena kuatkan diri untuk kesana..lagipon sana ada pertandingan futsal piala presiden PMRAM..sambil tu leh jugak usha depa main..tak dapat main tengok pon jadi lah..klu tidak aku pon mengkin terlibat sama..mula2 PMRAM nak buat bola sepak..tapi disebabkan ada masalah tertentu so diorang dah ubah plan..jadi plan diorang anjurkan futsal..futsal pon ok aja..cuma aku rehat lah..muhafazah aku xhantar futsal..kenapa xhantar..kena tanya lah pada pihak yang terlibat.. :-D
wahh dah jauh jugak aku melalut ni..hmm memang aku nak melalut pon..kuliah xstart sepenuhnya lagi..kitab madah aku pon xkuar lagi..sem ni aku kena tingkatkan kemajuan lagi..wahhh dah azan dah *pukul 4.55am*..yea2..nampak gaya aku dah leh stop dah menulis ni..sebab kenalah bersesuaian dengan tajuk..kan2..wah sedar xsedar panjang jugak aku bebel kat sini..boleh tahan lah..dari budak darjah 6 tulis..klu aku belajar karangan darjah 6 dulu 80 patah perktaan..ni aku nampak macam dah lebih dah dari 80 patah perkataan..kira ok lah tu kan..mula berjinak-jinak nak menulis..kan??
nanti bila dah biasa dok tulis mesti lah cekap dan pantas..tggu lah saat itu..ok lah..nampak gaya macam dah nk komat..aku kena cepat ni..ok setakat ni dulu lah..nanti klu ada kesempatan leh gebang lagi..heheh..

Wednesday, February 17, 2010

cara membuat laksa penang


Muqaddimah

Bismillahirrahmanirrahim

Tujuan aku tulis cara-cara untuk buat lakasa penang ni bukan apa..saja ja nak kongsi ngan korang sumer..aku ni boleh dikatakan penggemar laksa lah..jadi kalau korang kat luar sana yang berminat nak buat laksa boleh lah ikut resepi yang nak ditaip kat bawah ni..harap-harap berjaya lah..kalau yang tinggal kat perantauan tu, pandai-pandai lah oter apa yang patut klu bahan yang disebut kat sini tidak ada disana..hehe..


Laksa Penang

Bahan-bahan untuk kuah

1 kg ikan kembung (yang selalu digunakan lah) ..kalau kat mesir orang selalu guna ikan tuna atau ikan makeril
10 tangkai cili kering (kalau yang suka lagi pedas..gunakan lebih banyak cili kering)
5 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih (tak nak bubuh pon tak apa)..
Belacan (lebih kurang 100 -150 g)
8-10 keping asam keping (kalau suka masam tambah lah)
Daun Kesum (klu dimesir orang selalu guna daun syabaq)
1 tangkai bunga kantan


Untuk Hiasan

Timun dihiris nipis dan halus
Daun selom yang dihiris halus jugak
Telur ayam yang siap direbus (kalau suka)
Daun Pudina
Hirisan bunga kantan bahagian bunga
Nenas yang juga dia potong
Bawang besar yang di potong halus

Cara nak masak kuah laksa

1. Ikan kembung dicuci dan di rebus. (Selalunya tak payah lah buang kepala dan ekor semasa merebus) kalau bagi yang mahu jaga ingatan tu buang lah kepala..
2. Bila sudah mendidih, angkat dari api.
3. Toskan ikan di dalam penapis (air rebusan jangan buang, biarkan sejuk)
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. blend isi ikan supaya halus sedikit tidak berketul terlalu besar.
6. Masukkan cili, bawang dan belacan ke dalam blender, masukkan air rebusan ikan. Blend sehingga lumat.
7. Selepas itu, blend tulang ikan yang diasingkan dari isi ikan tadi.
8. Masukkan campuran cili yang di blend ke dalam periuk, masukkan isi ikan yang di blend dalam periuk yang sama.
9. Tapis tulang yang di blender masuk ke dalam periuk yang sama, masukkan lebihan air rebusan ikan (jika masih ada)
10. Adjust kepekatan kuah ikut suka sendiri.
11. Masukkan bunga kantan yang telah di belah 2, bersama batang sekali.
12.. Masukkan asam keping, daun kesum serta garam secukup rasa.
13. Didihkan kuah laksa sehingga mencapai kepekatan atau rasa yang diingini.

Untuk laksa

1. Kalau pakai laksa yang dalam packet tu, rendam laksa sampai lembut.
2. Rebus sehingga empuk.


Untuk hiasan


Setelah kuah siap, laksa di masukkan ke dalam mangkuk, sendukkan kuah ke atas laksa dan taburkan, segala merga sayur-sayuran yang telah di sediakan.


Akhir kata

Selamat beramal dan selamat menjamu selera.. :-D

blog ku sudah berwajah baru


Hai kawan2..hari ini aku dah belajar baut template dari seorang alhi blog yang tak asing lagi di Damanhur..dia jugak merangkap ahli bait aku..Ust Nasir nama diberi..dia kata ibu dia yang berikan nama tu..alamak ni blog aku bukan blog dia buat apa aku dok citer pasal dia..huhu..hmm sekarang ni baru aku paham cmana nak ubah template..maaf lah kalau korang kat luar kata aku ni baru belajar ka apa ka dengan apa yang aku citer ni..tapi memang aku baru belajar pon..klu nak ibarat peringkat kehidupan manusia ni adalah aku ni macam budak yang belajar nak merangkak lah..

Tapi tak apa..ini baru proses permulaan..lama-lama nanti ok lah kot..bila dah tahu selok belok dia nanti..tujuan aku buat blog ni bukan apa..saja lah nak tulis-tulis apa yang nak ditulis..klu nak conteng kat buku takut hilang atau apa-apa lah yang seangkatannya..jadi aku tulis lah kat sini mana nak tahu ada yang dapat dikongsi oleh pembaca..tapi persoalan disini ada ka orang nak baca blog budak yang baru merangkak ni??tak apa biarlah janji aku dapat tulis..

buat masa ini yang ni dulu lah aku nak tulis..yerr lah baru belajar takkan nak tulis panjang-panjang kan..nanti orang kata dah expert pula..huhu..jadi buat masa sekarang yang ni dulu lah aku nak tulis..ni pon dah kira banyak lah ni kan..