Tuesday, March 2, 2010

bebel sambil menunggu subuh..


Hai apa dah jadi pada blog aku ni..dah makin bercelaru aku tengok..orang suruh belajar tak mahu..nak cuba sendiri..dah jadi macam ni sapa yang susah..nampak gayanya aku kena tunggu nasir balik dari kaherah lah..leh la talaqi sikit sebanyak ilmu blog kat dia..
tadi idea aku bercurah2 nak taip, tapi kenapa bila dah jari menyentuh ja kebord terus lenyap habis apa idea2 aku nak tulis tadi..hmm nak kata aku ni nerves tak ada sapa dah masa ni..sumer pakat2 tido dan dibuai mimpi dah...mybe aku ni kurang biasa kot dalam menulis blog ni..biar lah apa pon..aku nak try tulis jugak..apa nak jadi pon jadi lah..kata seorang teman aku.." cubala, jgn fikir apa yg akan org kata kat kita, tulis apa saja yg kita rasa nak tulis. seiklasnya"..lebih kuranglah maksud dia..jadi aku nak try tgok cmana..
waktu sekrang dah menunjukkan 15 minit lagi pukul 5..nampak gayanya macam dah xlama dah nak azan..malam ni aku dapat bertahan dari tidor..bukan senang tu nak buat..mula2 macam nak mengalir air mata aku tahan ngntuk..tapi la ni dah makin ok dah..tapi aku nak pi kaherah hari ni..klu lah aku tertido lepas subuh alamatnya kena tunda lah niat aku nak pi sana..dah lama dah aku nak pi kaherah ni..tapi xjadi2 lagi pon..dulu aku lambat lepa mesti terus gi kaherah..la ni aku nak kurang semangat nak gi jalan mana2..rasa dok umah lagi best..apa pon aku kena gi jugak ke kaherah..dah lama tak jumpa kawan2 aku seperti Shazril Hanis, Helmi Salleh, Ibrahim Ani, Saifuddih Kasim dan kawan-kawan lain jugak kat rumah Kedah..rindu jugak aku..aku kena kuatkan diri untuk kesana..lagipon sana ada pertandingan futsal piala presiden PMRAM..sambil tu leh jugak usha depa main..tak dapat main tengok pon jadi lah..klu tidak aku pon mengkin terlibat sama..mula2 PMRAM nak buat bola sepak..tapi disebabkan ada masalah tertentu so diorang dah ubah plan..jadi plan diorang anjurkan futsal..futsal pon ok aja..cuma aku rehat lah..muhafazah aku xhantar futsal..kenapa xhantar..kena tanya lah pada pihak yang terlibat.. :-D
wahh dah jauh jugak aku melalut ni..hmm memang aku nak melalut pon..kuliah xstart sepenuhnya lagi..kitab madah aku pon xkuar lagi..sem ni aku kena tingkatkan kemajuan lagi..wahhh dah azan dah *pukul 4.55am*..yea2..nampak gaya aku dah leh stop dah menulis ni..sebab kenalah bersesuaian dengan tajuk..kan2..wah sedar xsedar panjang jugak aku bebel kat sini..boleh tahan lah..dari budak darjah 6 tulis..klu aku belajar karangan darjah 6 dulu 80 patah perktaan..ni aku nampak macam dah lebih dah dari 80 patah perkataan..kira ok lah tu kan..mula berjinak-jinak nak menulis..kan??
nanti bila dah biasa dok tulis mesti lah cekap dan pantas..tggu lah saat itu..ok lah..nampak gaya macam dah nk komat..aku kena cepat ni..ok setakat ni dulu lah..nanti klu ada kesempatan leh gebang lagi..heheh..

No comments:

Post a Comment